Posts

Resepi Bajet Nasi Goreng Kunyit Sup Sayur Tanpa Minyak

Image
Bosan hari-hari makan nasi putih je?? Haa apa kata cuba menu ni. Credit to my chingu (kawan) sebab dia yang ajarkan resepi ini. Ternyata sangat mudah dan jimat duitt.  Bahan nasi: Nasi putih yang dah sejuk (nasi lama) Serbuk kunyit Bawang merah kecik Bawang goreng Caranya: 1. Panaskan minyak dalam kuali 2. Tumis bawang yang dah dipotong. Masukkan serbuk kunyit sikit. Gaul2  3. Tuang nasi dan gaul rata. Tambah garam sikit dan adjust rasa. 4. Siap. Tabur bawang goreng atas nasi Bahan sup sayur Lobak merah Bunga kubis Sup bunjut Telur (optional tak nak pun takpe) Daun bawang Kiub pati ayam (saya guna bahan ini saja. Anda boleh tambah bahan lain seperti sayur sawi, cili dll) Caranya: 1. Masukkan air dalam periuk dan buka api (saya tak pakai minyak langsung) 2. Masukkan lobak dan bunga kubis yang telah dipotong. 3. Masukkan sup bunjut 4. Kemudian masukkan seketul kiub pati ayam 5. Masukkan daun bawang yang dah dihiris. (kalau nak pedas boleh masukkan cili) 6. Tambah garam dan adjust rasa 7.

Resepi Sambal Telur Rebus Bujang

Image
Pada musim PKP yang lepas saya telah masak pelbagai menu yang simple dan bajet (jimat duit). Jadi saya kongsikan di sini. (note: ni menu cara bujang ye) Kalau korang lapar tapi malas gila nak masak but at the same time nak jimat duit boleh guna cara ini. **Untuk menu ini saya guna pes sambal tumis maggi.  *sumber Shopee singapore Sambal Telur Rebus Bahan-bahan: Telur (up to you guys nak guna berapa biji) Pes sambal tumis Asam keping (1-2) Bawang putih+ merah  Caranya 1. Rebus telur dan kupas kulitnya. Basuh dan ketepikan 2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang 3. Terus masukkan pes sambal 4. Masukkan asam keping yang telah dibasuh 5. Masukkan garam dan air sedikit. (rasa dan adjust2) 6. Akhir sekali masukkan telur yang dah kupas. Gaul2 dan tutup api.  Boleh hidangg Note: saya tidak suka goreng telur rebus tu dahulu jadi optional untuk korang nak goreng dulu atau tak. Saya suka makan tanpa goreng. Warning: jangan terletak lebih air macam saya. Last2 jadi macam asam pedas telur rebu

Resepi Nasi Goreng Cina bajet simple

Image
  Hi semuaa Dalam entry pertama sis nak share resepi nasi goreng cina bajet. Kenapa bajet? Sebab...hehehe Kebanyakan resepi orang guna udang atau pun ayam ke dalam nasi goreng. Masalahnya ayam/udang pun takdee huhu so itulah asal usul nama bajet ni hehe  Bahan-bahan Sayur campur frozen/frozen mixed veges Sosej (optional. Sis tak letak pun) Nasi putih sejuk Telur 2 biji (boleh ikut situasi) Bawang putih/garlic (sis pakai seulas je) Cili merah+hijau (optional if you like spicy) Perencah nasi goreng cina 1. Panaskan minyak dalam kuali 2. Cincang bawang putih dan hiris cili halus-halus (nak tumbuk pun boleh) 3. Tumis bawang putih dan cili yang dihiris tadi.  4. Tanpa tunggu lama terus masukkan sayur campur (sis rendam dalam air dulu bagi hilang beku) **boleh masukkan sosej kalau nak. Or anything else 5. Gaul-gaul bahan tu. Kemudian sis ketepikan dan pecah telur 6. Biarkan telur masak sikit kemudian hancur-hancurkan. Lepas tu baru gaul bersama bahan-bahan tadi. 7. Masukkan nasi dan gaul rat