Resepi Bajet Nasi Goreng Kunyit Sup Sayur Tanpa Minyak



Bosan hari-hari makan nasi putih je?? Haa apa kata cuba menu ni. Credit to my chingu (kawan) sebab dia yang ajarkan resepi ini. Ternyata sangat mudah dan jimat duitt. 

Bahan nasi:
  • Nasi putih yang dah sejuk (nasi lama)
  • Serbuk kunyit
  • Bawang merah kecik
  • Bawang goreng
Caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis bawang yang dah dipotong. Masukkan serbuk kunyit sikit. Gaul2 
3. Tuang nasi dan gaul rata. Tambah garam sikit dan adjust rasa.
4. Siap. Tabur bawang goreng atas nasi

Bahan sup sayur
  • Lobak merah
  • Bunga kubis
  • Sup bunjut
  • Telur (optional tak nak pun takpe)
  • Daun bawang
  • Kiub pati ayam
(saya guna bahan ini saja. Anda boleh tambah bahan lain seperti sayur sawi, cili dll)

Caranya:
1. Masukkan air dalam periuk dan buka api (saya tak pakai minyak langsung)
2. Masukkan lobak dan bunga kubis yang telah dipotong.
3. Masukkan sup bunjut
4. Kemudian masukkan seketul kiub pati ayam
5. Masukkan daun bawang yang dah dihiris.
(kalau nak pedas boleh masukkan cili)
6. Tambah garam dan adjust rasa
7. Akhir sekali masukkan telur 

Siap dan boleh hidang bersama nasi kunyit tadi.


Seriously gais, memang sedap sangatt walaupun nampak simple. Semua cukup rasa😙
Suggestion: boleh tambah menu sambal telur rebus. Baru lengkap dan boleh hidang dekat satu family



Semoga bermanfaat dan selamat cooking~~







 

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Sambal Telur Rebus Bujang

Resepi Nasi Goreng Cina bajet simple