Resepi Nasi Goreng Cina bajet simple

 



Hi semuaa

Dalam entry pertama sis nak share resepi nasi goreng cina bajet. Kenapa bajet? Sebab...hehehe

Kebanyakan resepi orang guna udang atau pun ayam ke dalam nasi goreng. Masalahnya ayam/udang pun takdee huhu so itulah asal usul nama bajet ni hehe

 Bahan-bahan

  • Sayur campur frozen/frozen mixed veges
  • Sosej (optional. Sis tak letak pun)
  • Nasi putih sejuk
  • Telur 2 biji (boleh ikut situasi)
  • Bawang putih/garlic (sis pakai seulas je)
  • Cili merah+hijau (optional if you like spicy)
  • Perencah nasi goreng cina
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Cincang bawang putih dan hiris cili halus-halus (nak tumbuk pun boleh)
3. Tumis bawang putih dan cili yang dihiris tadi. 
4. Tanpa tunggu lama terus masukkan sayur campur (sis rendam dalam air dulu bagi hilang beku)
**boleh masukkan sosej kalau nak. Or anything else
5. Gaul-gaul bahan tu. Kemudian sis ketepikan dan pecah telur
6. Biarkan telur masak sikit kemudian hancur-hancurkan. Lepas tu baru gaul bersama bahan-bahan tadi.
7. Masukkan nasi dan gaul rata bagi kena semua bahan.
8. Masukkan perencah nasi goreng cina kemudian masukkan garam.
9. Gaul rata dan rasa. Kalau tawar boleh tambah garam atau perencah
Maka siaplah nasi goreng bajet kita. Alhamdulillah first time buat memang sedap tambah-tambah letak cili banyak (sis penggemar pedas) 
Semoga berguna dan selamat cooking! :)









Comments

Popular posts from this blog

Resepi Sambal Telur Rebus Bujang

Resepi Bajet Nasi Goreng Kunyit Sup Sayur Tanpa Minyak