Resepi Sambal Telur Rebus Bujang


Pada musim PKP yang lepas saya telah masak pelbagai menu yang simple dan bajet (jimat duit). Jadi saya kongsikan di sini. (note: ni menu cara bujang ye) Kalau korang lapar tapi malas gila nak masak but at the same time nak jimat duit boleh guna cara ini.
**Untuk menu ini saya guna pes sambal tumis maggi. 
*sumber Shopee singapore



Sambal Telur Rebus
Bahan-bahan:
  • Telur (up to you guys nak guna berapa biji)
  • Pes sambal tumis
  • Asam keping (1-2)
  • Bawang putih+ merah 
Caranya
1. Rebus telur dan kupas kulitnya. Basuh dan ketepikan
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang
3. Terus masukkan pes sambal
4. Masukkan asam keping yang telah dibasuh
5. Masukkan garam dan air sedikit. (rasa dan adjust2)
6. Akhir sekali masukkan telur yang dah kupas. Gaul2 dan tutup api. 
Boleh hidangg

Note: saya tidak suka goreng telur rebus tu dahulu jadi optional untuk korang nak goreng dulu atau tak. Saya suka makan tanpa goreng.

Warning: jangan terletak lebih air macam saya. Last2 jadi macam asam pedas telur rebus lol.

Untuk cara lain boleh tengok di link ni. 

Semoga bermanfaat dan selamat cooking~~

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Nasi Goreng Cina bajet simple

Resepi Bajet Nasi Goreng Kunyit Sup Sayur Tanpa Minyak